By irwanshah. Kisah ke4 sinambungan Kisah dua pengemis buta. -Kisah hartawan yang bongkak- Sudah dua minggu berlalu,si pengemis buta sudah tidak kelihatan. Tiada siapa tahu keadaannya. Yang tinggal isterinya seorang yang masih mengadai maruah dan mencari sesuap nasi dengan mengemis ditempat kenangan mereka bersama iaitu ditempat suaminya dilaknat dan diberi azab dari Allah Swt.. Tanpa jemu sang isteri menunggu ihsan,kadang berdoa untuk suaminya. Rindu pada suami tidak pernah putus. Tatkala si isteri pengemis menjalani hidup sendirian begitu. Terpandang juga dialis mata si hartawan bongkak lagi ego,yang menyebab suaminya dilaknat. Dihati kecilnya amat marah,tp hanya zikirullah lah yang menenangkan segenap sudut hatinya. Sihartawan yang semakin sombong,ego dan bongkak dengan limpah kurnia Allah padanya. Sampai tahap melupa diri dan tak sedar dari mana datang kemasyurannya. Sentiasa berpesta dengan wanita wanita,arak pula bagai air zam zam baginya. Diteguk tak kira masa. Judi pula sumber untuk dia menghabiskan masanya.. Seringkali dari mulutnya terkeluar kata kata bongkak. *Akulah yang paling agung!!! Akulah yang paling kaya!!! Sembahlah aku,ikutlah aku!!! Jangan difikir simiskin hina!!!!* Sang isteri dirumah sudah umpama boneka yang tidak pernah dipedulinya. Hidupnya hanya bertemasya riang ria berpesta dengan gelumangan dosa.. Disatu hari dirumahnya. Si isteri setia bertanya. * Kanda,kenapa kanda sudah terlalu bongkak?? Kenapa kanda sering berbuat dosa dan berzina,tidakkah kanda takut pada Allah?? Siapa dinda dihati dan mata kanda??? Mendengar kata kata si isteri,bagai meletus gunung berapi,membuak buak amarahnya. Lantas berkata.. * Hei betina,kau diam!! Aku pungut kau,aku beri kau kekayaan,kemewahan,makan!!! Jangan kau sebut tentang tuhan!!! Semua kekayaan aku,atas usaha dan diri aku!! Tuhan tak pernah bagi apa apa!!! Kita manusia sendiri yang tentukan nasib kita!!! Tergamam si isteri,terus terdiam dan berlalu.. Hari berganti hari,dia terus leka dengan nikmat yang diberi Allah. Dan semakin bongkak dan kejam. Setiap hari pulang dalam keadaan mabuk,sehingga mula memukul isterinya pula bila si isteri menegur.. Separuh nyawa dipukul tanpa belas. Tanpa ada rasa kasihan dan sayang. Selepas genap sebulan si isteri diperlaku begitu. Dan dia makin tenggelam dan hanyut. Si isteri mula hilang sabar. Keimanan didadanya mula pudar. Tiada lagi sujud dan doa pada Allah Swt. Akhirnya bila sudah amat tertekan dan digoda syaitan laknatullah,terdetik dihati untuk menyihir suaminya sihingga mati. Membuak rasa itu. Lantas ditunaikan hasratnya untuk bertemu si ahli sihir. Sesampai dirumah ahli sihir. Bertanya si ahli sihir. * Apa hajat kamu wahai wanita?? *Ingin membunuh!!!* *Siapa yang kau ingin bunuh???* * Suami durjanaku!!! Bertanya lagi ahli sihir itu,* Siapa,kau yakin??* * Ya aku ingin bunuh si bongkak itu!!!*. * Ya aku akan bantu kau bunuh dia secara perlahan,biar dia tersiksa dulu*. Janji antara mereka dimeterai. Dua dua berpuas hati dengan keputusan mereka.. Manakala dengan tiba tiba si hartawan mula merasa sakitnya mula mendatang. Terasa diri bagai dibakar api pada mulanya. Makannya sudah tiada selera. Badannya kurus bagai mayat bernyawa,Kulitnya terasa tertusuk,tumbuh ketumbuhan seperti nanah,yang pabila pecah menaikkan bau yang amat busuk,derita yang dirasa membuat diri tidak mampu lagi berpesta,dan mengendali perniagaan dan hartanya. Semua sahabat,pekerja dan keluarga meminggirnya.. Bagai sampah didepan mata. Orang kanannya bernama Darma,kacak bergaya,bertubuh sasa. Memula membuat rancangan hina. Untuk membolot hartanya,digoda pula isteri tuannya. Pabila syaitan bertemu pemangsa. Si isteri durjana dapat ditidurinya.. Hampir satu purnama membuat zina. Sihartawan pula semakin derita,cuma seorang sahaja yang mengurusnya. Mak kencana orang gajinya. Sedang mak kencana menyuap makannya. Terkeluar kata dari mulutnya. * tuan kasihan benar tuan* dia menjawab. Ini lah azab tuhan untuk aku,kerna terlalu leka akan nikmatnya,kerna ku takbur dan tidak taat padanya. Biar ku tanggung segala derita. Aku mohon Allah ampunkan dosa besar ku. Aku bertaubat padanya*. Sekilas membalas kata orang gajinya,dia menghembus nafas terakhirnya. Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang lagi bersahaja. Orang gajinya terkedu seketika,lantas memanggil orang menguruskan jenazahnya. Selamat dan tanpa aral arwah dikebumikan. Si isteri dan darma makin berleluasa,makin menjadi drama dan zina.. Hingga tidak peduli kata.. Terus melarat ditenggelam dosa. Tiada sesal,tiada rasa berdosa. Si darma semakin tamak,timbul pula rancangan membunuh wanita kesayangannya. Dan rupanya dalam hati kecil wanita itu juga hanya menguna darma untuk melempias nafsunya. Tiba saatnya darma menikam bertubi tubi wanita itu. Mati dan dibunuh kejam diatas ranjang dalam keadaan terlanjang. Darma ketawa dengan besarnya lalu meminum air yang ada diatas meja. Tidak sampai beberapa saat dia rebah dan mati juga.. Rupanya wanita itu sudah memasukkan racun kedalam minuman itu. Tamat. Disini kita lihat pengajarannya,orang yang riak,bongkak,ego dan tidak pernah syukur dengan nikmat Allah tidak akan ada keberkatan. Dan pasti rugi. Si isteri yang soleha pula berubah kerana dendam dan derita sehingga sanggup menyihir dan membunuh suaminya. Orang yang sentiasa ambil kesempatan ini juga harus diwaspada kerna setiap niat baiknya ada jugalah tersirat niat buruknya. Sifat tamak si isteri dan kekasihnya telah membunuh diri mereka sendiri. Begitulah dalam islam segala sifat ini sering Rasul kita tegah dan diharus mengelaknya.. Setiap perkara yang buruk lebih besar keburukkannya. Cegahlah ia jika ada,buanglah sifat ini untuk berjaya dan disuka. Harta segunung mana takkan dibawa kebawah sana.. Ingatlah,renunglah. وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya, Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari [nikmat Allah]. (QS. Ibrahim: 34) Pulanglah,selagi masih punya peluang. Insyallah cerita rekaan saya ini akan bersambung lagi dengan izin Allah. Moga Allah Swt memberi ilham pada saya. Asalamualaikum. 29.5.11. 11.33am. -Irwanshah-