Monday, 30 May 2011

^Kisah per0mpak dan dua pengemis tua buta^


  • ^Kisah per0mpak dan dua pengemis tua buta^ Kisah ini sambungan dan berkaitan dgn 2 gadis dan aurat itu.Alhamdulilah Allah memberi saya ilham lagi untuk meneruskan dakwah dan cerita pengajaran ini. Per0mpak inilah yg merompak dan merog0l si sexy itu. Si perompak ini,tidak dpt ditangkap p0lis semasa kes dua wanita itu. Dan apabila masih bebas seperti burung diangkasa. Dia terus2 melakukan d0sa,sehingga membunuh pula. Baginya tiada langsung belas kasihan,ataupun sifat baik sbesar sebutir beras pun. Terus menerus merompak,membunuh dan merogol dengan kejam tanpa memikirkan d0sa,nasib si mangsa,agama islamnya dan balasan Allah Awt padanya yang menunggu kelak. Dan disuatu hari yang agak redup dan tatkala dua orang pengemis buta sedang duduk dibawah pohon rendang menunggu insan yang punya ihsan melintas dan memberi sedekah. Si perompak mula memandang dari jauh. Dan dibenak hati kecilnya mula dihasut2 syaitan. *wah peluang aku ni,sah2 dua org pengemis ini punya banyak wang. Boleh juga aku membuat hasil utk makan aku tengahari ni* Tanpa berfikir panjang dia terus mendekati sepasang pengemis itu. Dan berkata, :hei si buta keparat,bg padaku semua duit yang kau minta minta dari org itu. Sebelum aku mengelar ngelar leher kau berdua wahai suami isteri buta!: Tatkala mendengar suara garang dan mengancam itu. Si suami buta berkata. *Asalamualaikum anak muda* dipersilakan kau mengambil rezeki yang Allah Swt tetapkan pada kami ini. Walaupun kami tahu kami tidak berdaya dan tidak punya kesempurnaan seperti kamu,tetapi Allah mendOrOng kami mencari rezeki yg halal ini kerana ingin meneruskan hidup dan mengikut sunnah Nabi Muhammad. "Bekerjalah dan gunakanlah tulang 4 kerat kamu kerana Allah,kerna setiap kerja yg kamu lakukan kerana Allah.Darjat dan tempat kamu tinggi di akhirat kelak" dan bila mana si perompak mendengar kata2 yang panjang itu.Dia mula baran dan bekata lagi,*kau tak perlu mengajar aku org tua! Kau tu p0n meminta minta. Bkn menguna tulang 4 kerat kau!* lalu dgn nada yg lembut si isteri berkata,demi Allah yg menciptakan kami sebegini,hanya inilah kemampuan kami. Jika kami sempurna. Tidak kami begini,dan tidak jua kami minta dilahir begini. Akan tetapi takdir menentukan kami begini,dan kami redha dgn ketentuan tuhan kami iaitu Allah Swt yang Agung lagi Suci* selesai kata itu menghiasi bibir si isteri buta itu. Maka dengan kuasa Allah Swt yang tak tertanding akal mula terjadi.Si perompak dengan sendirinya mula bergelinangan air mata. Terasa diri begitu berdosa dan amat hina,lantas terbuka hati,jiwa dan nuraninya. Timbulnya belas kasihan dihati,penyesalan yabg tidak henti henti. Lalu berkata, *Wahai dua pasangan buta,kamu benar2 telah mulia dan suci hati. Kamu memberi ku erti. Kamu telah membuka mata hati. Aku telah lama sesat dan berdosa,kamu berdua telah menyedarkan aku,hina benar aku yang sempurna ini,dari kamu berdua yang cacat dan serba kekurangan. Maafkan aku,maafkan aku* Lantas dia bersujud pada kaki si buta dengan air mata yang tidak henti henti. Dan si buta berkata. *Wahai anakku,janganlah kau bersujud pada aku dan isteriku. Pergilah kau bersujud pada tuhanmu,pergilah kau bertaubat pd tuhanmu Allah swt. Taubatlah seikhlas hatimu,janganlah diulang lagi dosa yg pernah kau buat dan lakukan. Dan ingatlah akan mati* Dan apabila mendengar kata terakhir itu dia berlalu dan terus ke masjid berdekatan lalu bersolat taubat, dan berdoa pd Allah <Ya Allah,Ya Tuhanku. Telah lama aku diselubungi noda dan dosa yang amat besar,ampunkanlah segala dosaku,terimalah taubatku! Dorongkanlah aku ke jalanmu yang lurus dan benar,janglah kiranya kau pesongkan hati aku lagi> Selesai segala itu,dia pun berlalu,dan semasa melintas. Dirempuh lori dan telah meninggal serta merta ditempat kejadian. Dan yang amat menghairankan walaupun dirempuh lori dengan dahsyat. Jasadnya tiada luka,dan cedera langsung. Wajahnya bercahaya bak bulan yg mengambang.Bau jasadnya egitu harum seharum kasturi. Mungkin inilah kekuasaan Allah dan Allah menyayanginya lantas mengambil nyawanya supaya tidak tersesat lagi dirinya kelak jika masih punya nyawa. Walaupun hidupnya penuh dosa,tetapi hanya kerna taubat nasuhanya yang seikhlasnya kerana Allah swt. Allah Swt telah mengangkat darjatnya. Dan mungkin jasadnya itu dipelihara Allah untuk menunjukkan keikhlasannya bertaubat.. Wallahuallam.. Kepada semua muslimin dan muslimat,ingatlah sejahat2 manusia itu,ada juga kebaikan dalam dirinya,dan sebaik2 manusia ada juga kejahatan dalam dirinya walaupun sebesar zarah. Janganlah kita biar kejahatan mengawal kebaikan kita. Akan Tetapi,sebaliknya biarlah kebaikan mengawal kejahatan kita. Taubatlah sebelum terlewat. Taubatlah dengan seikhlasnya kerana Allah. Kerna hanya sedetik hati kita berniat. Allah Swt tahu apakah nawaitu kita. Sekian cerita rekaan saya,moga dijadikan ikhtibar kepada kita semua. Moga kita semua berjaya didunia dan akhirat. Insyallah.. Create by irwanshah 1802. 15.5.2011

No comments:

Post a Comment