Monday, 30 May 2011

_Sinambungan kisah perompak dan dua pengemis buta_. -Kisah Dua Pengemis Buta Dan Hartawan-

_Sinambungan kisah perompak dan dua pengemis buta_. -Kisah Dua Pengemis Buta Dan Hartawan- *Seminggu sudah berlalunya permergian siperompak ke rahmatullah. Tiada lagi kes2 jenayah ditempat itu,hanya kedengaran cerita2 berkisar tentang kubur arwah yang begitu harum semerbak kasturi walaupun sudah seminggu pemergiannya.. Suatu yang begitu amat luar biasa,seseorang yang begitu kejam dan jahat,semasa hayatnya,tetapi sempat bertaubat nasuha dengan seikhlasnya. Allah Swt memberi kelebihan yang tidak disangka dan tak tercapai akal padanya*. Tatkala wanginya kuburan siperompak menjadi bualan mulut penduduk setempat. Hidup Pasangan pengemis buta yang telah menyedarkan dan didorong Allah Swt menyedarkan siperompak masih sama seperti biasa. Dinihari menunggu penduduk sekitar memberi derma,sedekah dari insan yang ihsan. Bermula terbitnya fajar hingga tenggelam,dan timbulnya redup senja. Dalam 5 hari ini nampaknya pulangan mereka untuk mendapat sesuap nasi amat meruncingkan. Dan 5 hari ini jugalah mereka terpaksa mengikat perut mereka untuk diterokai sesuap nasi pun. Berkatalah si isteri kepada suaminya dengan nada yang lembut. " abg nampaknya dah 5 hari kita tidak makan sebutir nasi pun,perut saya dah benar2 tidak tertahan,lutut dan badan saya benar2 dah mengigil dan dah tidak mampu rasanya hendak bertahan lagi" lantas si suami dengan tenang menjawab,sabar Allah Swt sedang menguji kita,sedangkan Nabi kita sentiasa mengikat perutnya,dan melapikkan dipinggangnya batu batuan.. Ujian kita masih sedekit berbanding baginda" Mendengar kata sisuami,si isteri terus berkata "demi Allah saya akan bersabar abg". Mendengar kata sisuami tercinta dia terus tenang.. Keesokkan harinya pula,seperti biasa selepas bersolat subuh mereka terus ketempat mereka mengemis,dengan harapan mereka akan dapat rezeki dan barang sesuap nasi. Saban hari menunggu dan terus menunggu seperti menunggunya bulan jatuh ke riba,tidak juga seorang pun yang lalu memberi mereka sedekah. Terkeluar lah lagi kata halwa halus si isteri. " Abg hari ini tetap sama nasib kita,akan berlapar lagilah kita gamaknya" tedengar kata itu,si si suami berkata lagi,demi Allah akan ada rezeki kita esok" Si isteri mendiamkan diri dan hanya berkata ye insyallah abg. Dan tibalah hari ketiga mereka diuji Allah. Menjelang magrib sedang si isteri baru ingin membuka mulut bertanya lagi,tiba2 datang seorang hartawan mashyur yang begitu kaya ke tempat mereka. Dalam keadaan mabuk dan tidak normal,dia melemparkan lebihan ayam gorengnya kepada kepala si suami pengemis itu,dan berkata. " Hei si buta keparat,ambil tulang ayam aku ni makanlah,telanlah,kau berdua nak makan sangat kan?? Bodohnya dan tiada usaha langsung,kau hanya tahu meminta minta,dan asyik kau berdua bersolat,berdoa pd Tuhanmu. Tanpa sebarang usaha dan kerja!!! Tapi adakah tuhanmu bagi kau makan?? Tidakkan?? Aku yang bagi kau makanan kan??" manusia bodoh,kau rajin baru kau akan kaya macam aku!!!. Aku dipandang tinggi,aku bebas mabuk,aku bebas tukar wanita,harta aku begitu banyak dirumah,sedangkan kau tidak punya sebutir nasi pun,kau berdua ibarat sampah yang dihurungi lalat!!!" Selesai kata2 si hartawan yang mabuk itu,diselangi ketawa besar lalu berlalu meninggalkan mereka. Dengan tak disangka. Si suami tiba2 hilang sabar dan akal warasnya,terus menjerit sekuatnya,^ Tuhan benar kata hartawan itu,aku memang tak dapat apa apa menghamba diri selama bertahun tahun pada kau!! Aku taat pd kau tapi cilaka yang aku dapat!! Aku ibarat sampah dimata orang!!! Mana janjimu tuhan,janji adil memberi rezeki!!!!Dahlah aku dan isteriku kau jadikan buta!! Dipandangi seperti sampah pula!!! Kau tidak adil!!!! Si jahil kau bagi kekayaan dan kemewahan sedangkan aku kau siksa dan terhina!!! Si isteri hanya diam,tanpa kata. Justeru habisnya kata2 penghinaan kepada Allah Swt yang tidak pernah si isteri jangka itu,kilat terus menyambar sisuami,begitu kuat tepat menusuk dada si suami,si isteri dalam keadaan cemas menangis dan meraba2 mencari suaminya,dan pabila dapat mencapai tangan suaminya. Hujan turun dengan lebatnya,sehingga kekuyupan mereka. Airmatanya terus bercucuran,sehingga tiba tiba penglihatannya terus pulih,tetapi tangisannya tehenti bukan kerna letih tetapi,dengan kuasa Allah matanya sudah bisa melihat tetapi dia hilang suara dan menjadi bisu pula. Renungan matanya tepat mengena pada suaminya yang rentung terbakar,selepas hujan mula berhenti,sisuami sedar tetapi dia sudah tidak waras dan gila,dia tidak lagi mengenali isterinya. Dia terus berlalu meninggalkan isterinya dalam keadaan sadis,hitam terbakar,berdarah,bernanah lagi berbau busuk dan gila,si isteri cuba mengejar,dan memegang tangannya,tetapi apakan daya dia sudah tidak mampu dan bisa berkata2 lagi walaupun sudah bisa melihat. Terlintas di benaknya " Ya Allah ampunkan dosa suamiku,peliharalah suamiku sebaiknya tidak ku sangka begitu besar dugaanmu Ya Allah. Peliharalah keimananku,janganlah kau pesongkan hatiku".. Si suami terus berlalu dan meracau tanpa arah. Meninggalkan si isteri. Kini hanya tinggal dirinya seorang diri menempuh liku2 hidupnya,tanpa mengetahui nasib suaminya... Akan tetapi rindu hatinya sering mendorong dirinya mendoakan suaminya. Mungkin Allah mencelikkan dia kerna ingin dia melihat azab Allah pada suaminya,mungkin juga Allah membisukan dia kerna tidak ingin dia memburukkan dan membuka aib suaminya akan tetapi imannya tetap utuh pd Allah Swt,dan dia tetap setia dan mencintai suaminya walau sudah berkeadaan seperti itu,walaupun suaminya telah membuat dosa yang besar.. Disini kita lihat,pengajaran yang sebegini sudah banyak didepan mata kita,dan kadang kita sendiri terdetik dihati bila diduga. Yang kaya tidak pernah rasa besyukur dan memandang yang dibawah,dan yang dibawah bila hilang sabar dan mudah putus asa dan kalah dengan dugaan Allah Swt. Mulalah hilang keimanannya dan menyalahkan Takdir dan Allah Swt. Sedangkan semua tahu Allah Maha Adil Dan Bijaksana. Walaupun begitu Allah masih memberi peluang dia hidup dan Allah membisukan isterinya untuk menutup aibnya.. Kepada semua berfikirlah dengan akal sihat kita,jika kita seorang yang punya harta,bersedekahlah dan ingatlah yang dibawah,jika kita diduga janganlah mudah menyalahkan Allah,sebaliknya mintalah dipermudahkan segalanya,dikuatkan kesabaran,dan ditetapkan hati,dan iman kita. Dan jika Allah Swt sanggup menutup aib kita,janganlah kita sendiri yang membukanya sehingga memalukan,menjatuhkan,dan menjahanamkan diri kita... Fikirlah,Renunglah,Nilailah,Pilihlah... :WAHAI TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATI HATI KAMI SETELAH ENGKAU BERIKAN HIDAYAH KEPADA KAMI DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DISISI ENGKAU. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH YANG MAHA PEMBERI KURNIA: SURAH AL'IMRAN 8.... Cerita ini hanya rekaan saya sebagai pengajaran semua. Diatas dorongan ilham Allah kepada saya untuk pengajaran untuk semua.. Yang lebih hanya dari Allah Swt,yang kurang dari saya. Insyallah jika diizin Allah Swt akan bersambung kisah saya. Dengan kisah Sihartawan pula Doakan ye semua. Wassallam... Create by -Irwanshah- 21.5.11 

No comments:

Post a Comment